Thursday 19 September 2013

Selamat Datang ke Blog Surau Al-Hijrah Pangsapuri Rimba

Assalamualaikum wrt wbkt

Alhamdulillah, akhirnya blog Surau Al-Hijrah Pangsapuri Rimba dapat disiapkan walapun ianya mengambil masa hampir dua (2) minggu. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan maklumat-maklumat penting untuk dimuatkan ke dalam blog ini.

Blog ini akan menjadi blog rasmi surau dan medium utama selain 'white board' dan kain rentang dalam menyampai berita, aktiviti terkini, gambar-gambar, kuliah dan sebagainya kepada penduduk Pangsapuri Rimba.

Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberikan manfaat dan secara tidak langsung dapat menyebarkan risalah dakwah Rasulullah SAW bukan sahaja kepada penduduk Pangsapuri Rimba, tetapi masyarakat Islam umumnya, InsyaAllah.

Sebarang pandangan, cadangan dan pendapat bagi menambahbaik mutu penyampaian blog ini adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

daripada
Setiausaha 
Surau Al-Hijrah Pangsapuri Rimba
20.09.2013 | 04:40pm

 
ReDesign by Mohd Fazdlie (Setiausaha) | Alamat: Surau Al-Hijrah Pangsapuri Rimba, Jalan Lengkuas 16/19, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor D.E